Taiping Eco-Trip 2D1N ~ From Kulim
Sebenarnya Trip ke Taiping ni tak ada proper planning. Dialog kami laki bini lebih kurang macam ni:- H : Weekend ni jom kita pi Taiping? Z : What?! Kenapa tiba-tiba ja ni? H : Jom la. Rasa nak jalan-jalan. Z : Ok! Sempoi kan kami laki bini? Ok. Trip kami memakan masa 2 hari 1 malam saja bermula hari Jumaat sampai Sabtu. Kulim kan jajahan Kedah, semestinya kami cuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu. So, ni itinerary perjalanan kami kalau ada yang nak buat rujukan. ( seriously, masa nak pi Taiping jenuh jugak kami laki bini google pasal Taiping ni, dah short trip nak la make the most of out it kan ) Day 1 9.00 pagi - Bertolak dari Kulim bertolak dari Kulim melalui tol Sg, Bakap menghala ke susur masuk Kamunting. Kami lalu ke Kamunting dulu sebab hajat di hati nak ke Zoo Taiping terlebih dahulu. 9.45 pagi Singgah breakfast di Hentian Bukit Merah. Hubby makan nasi lemak (sepinggan RM4.00), I makan bihun sup (semangkuk RM4). Taktau nak kata ha...