Taiping Eco-Trip 2D1N ~ From Kulim

Sebenarnya Trip ke Taiping ni tak ada proper planning. Dialog kami laki bini lebih kurang macam ni:-

H : Weekend ni jom kita pi Taiping?
Z : What?! Kenapa tiba-tiba ja ni?
H : Jom la. Rasa nak jalan-jalan.
Z : Ok!

Sempoi kan kami laki bini?

Ok. Trip kami memakan masa 2 hari 1 malam saja bermula hari Jumaat sampai Sabtu. Kulim kan jajahan Kedah, semestinya kami cuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu. So, ni itinerary perjalanan kami kalau ada yang nak buat rujukan. (seriously, masa nak pi Taiping jenuh jugak kami laki bini google pasal Taiping ni, dah short trip nak la make the most of out it kan)


Day 1 

9.00 pagi - Bertolak dari Kulim
bertolak dari Kulim melalui tol Sg, Bakap menghala ke susur masuk Kamunting. Kami lalu ke Kamunting dulu sebab hajat di hati nak ke Zoo Taiping terlebih dahulu. 

9.45 pagi
Singgah breakfast di Hentian Bukit Merah. Hubby makan nasi lemak (sepinggan RM4.00), I makan bihun sup (semangkuk RM4). Taktau nak kata harga standard ke atau lebih mahal dari yang biasa kami makan. Lepas makan kami teruskan perjalanan. Lebih kurang 30 minit di RnR.

10.30 pagi - Sampai di Zoo Taiping
Kami sampai di Zoo Taiping setelah melalui Pekan Kamunting. Bayar tiket, terus masuk zoo, tunggu safari train. naik train 1 round, dengar driver@tour guide berceloteh, kami turun di Zoo Central dan berjalan kaki mengelilingi zoo. Memang best Zoo Taiping ni, tak rugi kalau pergi. Hari Jumaat pun tak ramai orang. Tiket masuk ke Zoo adalah RM16 sekali masuk. Tak rugi bayar mahal dik. Train ride adalah complementary dengan tiket, Cuma kita kena tunggu sekejap la supaya cukup korum atas train. 

Melalui pemerhatian kami, haiwan di Zoo Taiping ni sangatlah terjaga. Nampak sihat dan cukup makan. Nak kata happy kita tak tau la kan, dah semua haiwan ni pun asalnya haiwan liar. Tiba-tiba kena kurung rasanya tak la happy sangat. Cuma memang nampak well-fed and well-kept. Tak ada la nampak harimau atau singa nak terkam kita sebab tak cukup makan. Kat sini, I ngan hubby memang fascinated dengan singa-singa belaan yang ada, sepanjang hari kami di Zoo Taiping, memang sepanjang masa Abang Singa mengaum. Dapat dengar ngauman tu walaupun kita jauh dari kandang singa. Tak tau la mintak apa. 
Sun Bear bathing in the sun

Nampak cik Singa kat belakang tu? Memang playful. 


Burung ni bekeng, ada ja cubaan nak tarik beg la gigit tangan la


Entrance ke Zoo Taiping

map Zoo Taiping untuk rujukan


Untuk yang bercadang nak pergi ke Zoo Taiping ni, akak cadangkan pakai la pakaian yang bersesuaian ya. Jangan la pakai kasut tumit tinggi, jauh nak berjalan kaki dik. Mau terpeleot kaki hang sat ni. Pakai topi dan sunscreen, bawak kamera dan air mineral secukupnya. Ni list barang-barang yang patut kena ada masa lawatan ke Zoo.

1. Pakaian yang sesuai
2. Topi
3. Kamera
4. Air mineral & makanan ringan (benda wajib kena ada kalau bawak anak2)
5. Pakai la sunscreen lotion (especially kalau datang sini waktu tengahari)
6. Duit (wajib)

Disebabkan kami memulakan perjalanan dari Kulim, tak sampai 2 marhalah, makanya encik Hubby kena pi solat Jumaat. Jadi cepat-cepat la kami habiskan tour dalam Zoo untuk gerak cari Masjid terdekat. Kebetulan pulak, sign minyak kereta dah mula berkelip. Kereta dah dahaga.


1.00 tengahari - Solat Jumaat
Maka bergeraklah kami ke Bandar Taiping in search of a masjid. Sambil tu mata kiri kanan meliar tengok kalaulah ada stesen minyak dan nak memastikan tak ada kereta lain yang melintas. Awas pemandu! Lalu lintas Bandar Taiping menyesakkan dada pada yang tak biasa. Banyak junction tapi tak ada traffic light. Setelah pusing dalam Bandar Taiping, kami jumpa satu masjid di tengah bandar Taiping berhampiran pertembungan 2 jalan utama. Hubby setuju berhenti solat Jumaat di Masjid ni saja. Tapi I kena cari tempat lain untuk nak lepak tunggu usai solat jumaat. Cari punya cari, tebalkan muka untuk masuk Pejabat Jabatan Hasil Taiping, hihi. Nasib baik pejabat tu buka. Akak tunggu di situ la sementara Hubby solat.

Sambil tunggu, check la GPS, nak tau lokasi Hotel. Check jugak current location, terus dapat tau nama Masjid tempat hubby solat Jumaat. Masjid India. Serentak tu juga, khutbah kedengaran dalam bahasa Tamil. Automatik, I tergelak dan dah bayangkan hubby pun tergelak masa dengar khutbah.


2.00 tghari - 4.00 ptg - Lunch dan Check-in Hotel
Usai solat Jumaat dan isi minyak kereta, kami google mapped kan pulak Medan Selera Belakang Balai Bomba, adik I, chefloyertailor Mariko yang recommend tempat ni. Setelah 2 kali pusing baru kami sampai ke Medan Selera ni sebab asyik terlajak ja. 

Sampai ja di sini, terus singgah di warung pertama yang jual nasi berlauk. Dah namanya melayu tu, tak makan nasi tak boleh. Makanan dan minuman kami berdua harganya RM18. Boleh tahan jugak mahal harganya tapi rasanya not bad la. 

Lepas lunch, terus kami check-in di Hotel Golden Roof Taiping. Kami booked dari Traveloka dapat harga RM83 untuk 1 malam. Check-in time pukul 3.00 ptg, check-out time pukul 12.00 tengahari keesokannya. 
Gambar ambil dari website Golden Roof Taiping. Boleh Check-it-out
Parking di Hotel Golden Roof ni adalah first come first serve basis. Maknanya public parking area. Untuk makluman juga, setiap petak parking adalah berbayar. RM0.60 untuk setiap jam. Anda yang nak melawat Taiping, dinasihatkan membeli kupon parking dari Kedai-kedai yang ada papan tanda 'menjual kupon parking'. Satu buku kupon harganya RM3. Penggunaan kupon bermula dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 ptg. 

Check-in di Hotel, rehat sekejap. I pun nak solat Zohor, dalam pukul 4.30 ptg macam tu kami keluar ke Muzium Perak, muzium tertua di semenanjung Malaysia. 


4.30 ptg - 5.30 ptg - Lawatan ke Muzium Perak
Bayaran masuk adalah RM2 setiap pelawat. Muziumnya tak besar sangat, tapi menarik jugak untuk lawatan pendek macam kami ni. Tak memakan masa nak habiskan belek bahan pameran. Tapi sempat juga la kami bersuka-ria ambil gambar lukisan 5D ni.

Mr. Hubby excited nak bergambar dengan pakcik berdua ni

Ni adalah tulang ular sawa sepanjang 24 kaki. Bayangkan je la panjangnya.

Mr. Hubby tengah promote Angel Diver pusat menyelam Skuba di Pulau Perhentian

Sambil tu, I nak promote jugak pada sesiapa yang berminat mempelajari sukan skuba dan memang minat menyelam, boleh la try pakej yang disediakan oleh Angel Diver, Dive Center di Pulau Perhentian Kecil. Inshaa Allah tak menyesal, just make sure pandai berenang ok. 

Muzium Perak dibina sebelum merdeka ok

Ok tak ekspresi muka?

Kami solat Asar di surau Muzium Perak. Keluar dari surau muzium jam 6.00 petang, memang pakcik guard muzium tunggu kami keluar ja nak tutup gate..hehe. Kesian pakcik, maaf ya. 


6.00 - 7.15 ptg - 'Dating' di Taman Tasik Taiping
Kalau berkesempatan berkunjung ke Taiping, jangan la lupa singgah di Taman Tasik Taiping. Taman Tasik ni Subhanallah, in my humble opinion, sangat la cantik dan bersih, Pengunjung ramai, tapi tak ada sampah di mana-mana, walaupun dalam tong sampah. Kawasan tasik ni luas, tak perlu risau tak ada tempat duduk. Lain kali datang sini, akak nak bawak tikar. Boleh piknik bawah pokok. 

Mr. Hubby usaha adjust setting kamera nak dapatkan gambar reflection terbaik

Subhanallah. Hebat ciptaan Allah, nikmat untuk hambaNya.


Kami 'dating' kat sini sampailah dah dekat pukul 7.30 malam, kemudian terus balik ke Hotel untuk mandi, solat maghrib pulak. Kalau tunggu lama lagi, takut tersampuk hantu air pula, haha. 


8.30 malam - Dinner Yong Tau Foo Balai Bomba
Malamnya kami jalan kaki dari hotel ke Medan Selera Balai Bomba. Dalam 10 minit jalan kaki, dah sampai. Rupanya dekat sangat hotel Golden Roof dengan Taiping Mall. Taiping Mall pulak betuk-betul di seberang jalan berhadapan medan selera. Nah, kat sini pilih la kedai mana nak cuba yong tau foo. Dekat 10 gerai semua ada jual Yong Tau Foo Belakang Balai Bomba. Sedap. Sepinggan RM20, kami order ABC (semangkuk RM2.50). ABC memang terbaik, siap dengan aiskrim dan love letter roll. Yang ni tak ada gambar, sebab kami lapar. Tak sempat snap gambar, dah habis.


Habis makan, kami balik hotel...zzzzzz.


Day 2

8.00 pagi - Check-out & Breakfast
Kami check-out dari hotel awal sebab nak maximize masa berjalan. Tanya dekat receptionist hotel tempat sesuai dan terbaik untuk breakfast, dia suggested sebuah gerai tepi jalan tak jauh dari traffic light Jalan Tupai. Memang betul la pun, lepas je traffic light tu dalam 100m terus jumpa warung ISZ Corner di sebelah kanan Jalan Tupai dari Taiping menuju Pokok Assam.

Breakfast di sini memang masyuk. Roti canai warung ni terbaik! Kalau taknak makan roti canai, ada juga soto, masakan bersup dan bergoreng, dan nasi lemak. Harga breakfast kami pagi tu RM8 semuanya. Murah dan sedap. Kami syorkan pengunjung Taiping untuk sarapan di Warung ISZ Corner

Jemput makan semua!
Settled breakfast kami gerak ke Spritzer Eco-Park di Jalan Air Kuning. Hubby google tempat menarik di Taiping, dia stumbled upon tempat ni. Apa lagi, kami GPS la nak sampai sini. Tak jauh pun dari Bandar Taiping, dalam 15 minit ja.


9.00 a.m. - Spritzer Eco-Park & Spritzer Plant Tour
Kami sampai di sini awal, eco-park ni pun baru buka pintu sebab waktu beroperasi bermula pukul 9. Hehe. Kami beli souvenir dulu, lepas tu jalan-jalan dalam Eco-Park ni. Tenang je suasana taman dalam hutan ni, bersih dan sunyi. Ada bunyi unggas ja. Dalam taman ni ada satu rock formation yang usianya dah melebihi 200 juta tahun, bentuk batu ni macam pokok kaktus. Taman ni juga ada satu pathway sepanjang 800m sekeliling taman untuk kita jalan-jalan ambil angin. It's a refreshing experience, sebab udaranya memang segar, sejuk pulak tu pagi-pagi. Entrance adalah free, nak beli souvenir ja kena bayar, hehe.


Cactus Rock - Rock formation yang usianya 200 juta tahun

Masuk free!
Sambil tu kami booked Spritzer Bottling Plant Tour. Sebab kebetulan kami datang hari Sabtu, maka ada la tour tu yang bermula pukul 11 pagi, Sebab kami datang awal, terpaksa la tunggu jap. Dalam pukul 10.55 kami dibawa melawat ke Kilang Spritzer oleh tour guide. Tour ni free ya. Cuma sayangnya tak boleh bawa masuk kamera untuk ambil gambar proses membotolkan air mineral Spritzer tu. Tapi pengalaman ni memang sangat best.

Ni replika pam air mineral Spritzer

Minumlah Spritzer!

12 tghari - Muzium Ngah Ibrahim, Kota Ngah Ibrahim dan Matang Mangrove Forest Reserve
Keluar dari Spritzer Eco-park, kami terus menuju ke Kota Ngah Ibrahim di Larut dalam perjalanan ke Kuala Sepetang. Muzium ni sunyi dan terpencil, tak ramai orang. Entrance adalah percuma. Binaan muzium masih mengekalkan binaan asal Kota Ngah Ibrahim, jutawan Melayu yang dikenali sebagai Orang Kaya Larut sebelum zaman penjajahan British. Masuk ke Kota ni hati diusik rasa hiba.

Binaan asal Rumah Ngah Ibrahim di Kota Ngah Ibrahim




Lepas lebih kurang sejam di Muzium Ngah Ibrahim, kami bergerak ke Matang Mangrove Forest Reserve di Matang. Tiket masuk berharga RM5. Masuk ke sini, sila bawa payung sebab perlu jalan sejauh 1 kilometer untuk masuk ke 'pathway' hutan paya bakau dan 1 km lagi dari pintu keluar ke tempat parking. Kalau tengah panas, tak ada payung memang merana la kulit. Jadi kelabu asap gitu.

Masuk ke Matang Mangrove ni perlu minat pada biodiversiti dan alam botani paya bakau. Kalau masa sekolah tak minat subjek geografi rasanya jangan la masuk ke tempat ni. Apa pun tak dapat nanti. Kami bernasib baik sebab banyak spesis burung yang berjaya dikesan masa berjalan sepanjang canopy walk ni, termasuklah burung enggang. Mr. Hubby sangat tertarik dengan ikan belacak, walaupun dia geli..haha.

walaupun dalam hutan, agak panas berjalan dalam ni

Ini la suasana sepanjang canopy walk ni. sunyi
 Selesai perjalanan di Matang mangrove, kami ke Kuala Sepetang. Tapi pusing punya pusing, kami tak sampai tempat yang dicari - Kuala Sepetang Eco-Education Center. Asyik pusing masuk perkampungan nelayan cina, sudahnya kami patah balik terus ke Highway. Balik Kulim la jawabnya tu. Masing-masing dah penat menjelajah hutan paya bakau, panas pulak tu. On the way ke Kulim, kami 'lunch' di R&R Bukit Gantang.


3.30 petang - Sampai di Kulim 
Home Sweet Home. There's no place like home.


Ni sedikit ringkasan tiket masuk dan belanja keperluan kami sepanjang percutian di Taiping

Petrol - RM30
Tol - RM12
Tiket Zoo Taiping - RM16/pax
Parking Zoo - RM5
Tiket Muzium Perak - RM2/pax
Tiket Matang Mangrove Forest Reserve - RM5/pax
Parking di Matang Mangrove - RM2
Penginapan 2H1M Golden Roof Taiping - RM83
2 x breakfast + 2 x lunch + 1 dinner + snacks and all = more or less RM70
Kupon parking Taiping - RM3
Souvenir - RM40 (more or less - kami beli fridge magnet & key chain di Zoo Taiping & Spritzer Eco Park)


Jumlah di atas adalah yang terkini setakat Februari 2017.


Entry yang seterusnya InshaaAllah kita ke Cameron Highlands pula.

Comments

Popular posts from this blog

I don't ask much in a man.

The Homemade Laksa Kedah with a Penang's Twist