Semalam yang Takkan Hilang (Part 1)
TESL UNIMAS 2002 - the coolest batch ever!! Hehehe...sesekali nak bernostalgia sket. Asyik post entry yang skema je, kali ni nak mengimbau kisah2 silam plak, hehe. Ni sume sebab demam keputusan UPU yang akan diumumkan esok, tetiba je teringat masa dapat keputusan UPU 8 tahun lepas (ye...diulangi, 8 tahun yg lepas). Esok2 cerita di matrikulasi plak, hehe. Lepas 3 semester di Kolej MARA , susah senang dengan kawan2 dalam program matrikulasi KPM, tiba masa untuk tau keputusan UPU. Bila check online, keputusan yang diterima sgtlah mendukacitakan, tiada offer dari mana2 universiti untuk course yang diminta (course yang menyimpang terus dari subjek sains - TESL, pengajian Bahasa Inggeris dan Kaunseling). Mujurlah ada seorang teman yang bermurah hati, menawarkan diri untuk menyemak di talian infoline. Jawapan yang diterima amatlah mengujakan. Bila dapat tau ditawarkan untuk pengajian TESL, rasa nak melompat mencapai awan. Tapi bila dimaklumkan tempat pengajian, UNIMAS...Sarawak???!!...