Posts

Showing posts with the label memory

Semalam Yang Takkan Hilang (Part II)

Image
Ekspedisi Mendaki Puncak Gunung Serapi Wajah pura-pura ceria walaupun sebenarnya dah kepenatan 28 April 2007 - Mencatat sejarah buat diri ini sebab pertama kali sampai ke puncak gunung tanpa menaiki kereta, hehe. Walaupun cubaan kali pertama mendaki gunung, menuju ke puncak Santubung, tidak kesampaian, Alhamdulillah cubaan kali kedua, kali ini ke Puncak Serapi, tidak menghampakan. Tak sia-sia latihan turun naik tangga rumah sewa empat tingkat setiap hari...hehe. Apa yang nak diceritakan bukan kehebatan mendaki gunung. Tapi pengalaman mendaki bersama rakan-rakan yang kebanyakannya baru pertama kali bertemu dan bertegur sapa -Rakan2 Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Unimas dan Sarawak. Sebelum ni sekadar mendengar cerita dari orang2 dalam yang sangat dedikasi pada persatuan. Bertemu di meeting spot (restoran di pekan Matang) rasa macam nak menyorok bawah meja. Dikelilingi oleh mereka yang hebat, terasa diri ini kerdil. Apatah lagi bila diri ini tak pernah menyarung seragam...

Semalam yang Takkan Hilang (Part 1)

Image
TESL UNIMAS 2002 - the coolest batch ever!! Hehehe...sesekali nak bernostalgia sket. Asyik post entry yang skema je, kali ni nak mengimbau kisah2 silam plak, hehe. Ni sume sebab demam keputusan UPU yang akan diumumkan esok, tetiba je teringat masa dapat keputusan UPU 8 tahun lepas (ye...diulangi, 8 tahun yg lepas). Esok2 cerita di matrikulasi plak, hehe. Lepas 3 semester di Kolej MARA , susah senang dengan kawan2 dalam program matrikulasi KPM, tiba masa untuk tau keputusan UPU. Bila check online, keputusan yang diterima sgtlah mendukacitakan, tiada offer dari mana2 universiti untuk course yang diminta (course yang menyimpang terus dari subjek sains - TESL, pengajian Bahasa Inggeris dan Kaunseling). Mujurlah ada seorang teman yang bermurah hati, menawarkan diri untuk menyemak di talian infoline. Jawapan yang diterima amatlah mengujakan. Bila dapat tau ditawarkan untuk pengajian TESL, rasa nak melompat mencapai awan. Tapi bila dimaklumkan tempat pengajian, UNIMAS...Sarawak???!!...