B-O-D-O-H
B-o-d-o-h . Kamus Dewan edisi Tiga mendefinisikan bodoh sebagai sukar mengerti atau mempelajari sesuatu, bebal, dungu, tolol. Di suatu organisasi yang perdebatannya disiarkan secara langsung di kaca tv, dua tahun lalu, perkataan bodoh tidak dibenarkan penggunaannya dan diminta digantikan dengan kurang cerdik supaya bunyinya lebih sopan. Tapi hari ini, perkataan yang didefinisikan sebagai 'kurang cerdik' itu meluncur keluar dari mulut yang empunya diri mungkin lebih dari sepatutnya. Subhanallah, ampunkanlah diriku yang bodoh ini. Tidak malu diri ini mengaku kebodohan kerana sedar diri ini dicipta sebagai hamba yang kurang sempurna. Tetapi terasa sedih diri ini apabila melihat saudara2 di sekelilingnya yang menafikan kelemahan diri. Umpama peribahasa yang indah ditatap tapi tajam menghiris untuk mereka yang memahami - 'Bodoh tidak dapat diajar, pandai tidak dapat mengajar' . Mereka yang dimaksudkan peribahasa ini adalah golongan yang sentiasa berlagak pandai dan tidak m...