The Homemade Laksa Kedah with a Penang's Twist

Hehe... kembali mengganas (I terdengar-dengar je suara sumbang cakap 'ganas la sangat') dengan resepi laksa Kedah dengan Penang's twist, tanpa perasa dan pewarna tiruan. Dijamin takde MSG.

Alkisah, I teringin nak makan laksa. Tapi terus-terang cakap, kat Kulim ni memang susah nak cari laksa yang confirm sedap tanpa was-was. Selalu-selalu I akan beli kat sorang pakcik yang jual kat Nat (another term for Pasar Malam) kat Taman Selasih, Kulim. Tapi sebab I yang tak suka merayau malam-malam, takut tersampuk, I selalu missed pakcik ni sebab dia cuma akan berjualan lepas solat Asar. Kadang-kadang motor  ngan laksa dia je ada, pakciknya takde sebab dia gi Solat Asar. Alhamdulillah.

Ada kawan recommend laksa kat Old Town White Coffee. Erk! I dah rasa, I tak suka. Sorry dears. 

Anyway, sebab Nat tu ada malam Selasa ngan Jumaat je, tapi arini ari Sabtu, maka tak dapatla I nak makan laksa tu. So, sebab nak makan gak, I gi kedai Nya kat Taman Kempas, beli ikan kembung, daun kesum aka chenohom, ngan laksa kering (laksa segera la tu) dan terus speed balik umah.

Maka, bermulalah proses membuat laksa yang I leh jamin sedap. Sedap ikut tekak I la.

Sebelum I mula, ni bahan-bahannya okeh. 

1/2 paket laksa segera (lebih kurang 230g) 
1kg ikan kembung/kerisi 
2 labu bawang besar
8 biji bawang kecil
1 inci belacan
1/2 camb lada hitam
3 camb cili giling
asam keping aka asam gelugor
daun kesum/chenohom

Untuk cara-caranya, fear not. I siap sediakan gambar lagi. Mudah untuk you all nak tengok step-by-step, tak payah I nak terangkan dengan detail. You boleh refer kat gambar je, ahaks. 

Mula-mula, rebus laksa segera tadi sampai la kembang macam gambar kat bawah. Bila dah kembang, agak-agak tak patah gigi nak kunyah, toskan dan letak tepi. Untuk pengetahuan you, I guna laksa halus jenama EKA. Bukan promote ok, tapi I memang suka laksa halus. Yang lawak pasal laksa segera ni, namanya Laksa Beras, tapi ingredients dia Tepung Sagu, sikit je tepung berasnya. So, takde la original laksa beras pun. Kalau you nak belajar buat laksa beras, tunggu I berguru dengan my Sifu dulu oke.



Bila dah settled dengan laksa, kita prepare ikan pulak. I guna ikan kembung, sebab ikan ni la yang paling murah pun. Sekarang sekilo ikan kembung dah RM10 tau, tambah pulak musim tengkujuh la ni. Nak bagi sedap, selalunya guna ikan kerisi, ikan merah yang sisiknya seksa nak buang tu. Kalau you all tak suka ikan kembung, nak pakai ikan Siakap, ikan Salmon, ikan puyu pun takpe. Tapi agak-agakla, nak buat laksa je pun. Alright, nak mudahkan kerja you, I dah labelkan gambar. Ikut gambar je la k.


A 
Ikan yang fresh baru keluar dari plastik kedai. Nak tau ikan fresh ke tak, check mata dia. Kalau bersinar-sinar macam bintang timur, tak merah, ok la tu. Kalau you all takde icky problem (tak geli la tu) boleh la selak pipi ikan tu (I taktau term dia) tengok insang dia (gills) melekit ke tak. Kalau insang kering, siap leh kira lagi jalur-jalur insang tu, you lupakan je la ikan tu ok. Pastu tengok kulit dia, mak I cakap kalau warna coating ikan tu hitam bersinar, ikan baru la tu. Tapi warna hitam ni apply pada ikan kembung je la. Ikan kerisi warna merah, you cari macam mana pun takkan jumpa warna hitam tu. 

Dah beli ikan, silalah siang. Buang perut dan insang. Kalau you all tak pandai, kerah orang yang pandai. Bully others into doing the icky work for you. Ala, you all mesti ada taktik tersendiri kan?

B
Ikan-ikan ni dah siap disiang dan dibasuh dengan garam+air asam jawa. Ikan yang dilabel (1) tu disiang dengan cara paling mudah. Tarik keluar je perut dan insang tu. Presentation tak penting sebab ikan-ikan ni semua akhirnya akan ke bender jua. Yang no (2) tu plak, cara siang dengan sopan-santun. Biasanya cara ni diguna bila I nak simpan ikan ni untuk masakan lain. Masa ni siap de idea nak menulis novel lagi.

"And she ripped out their guts. 
Blood dripped all over the place as she tossed them into the garbage bin.
Out of sight out of mind"

Sapa cakap kat dapur takleh cari idea?

C
Ikan yang dah siap dicuci, rebus dengan asam keping aka asam gelugor. Tambah sikit garam. 

D
Bila ikan dah confirmed masak, tapis air rebusan untuk buat kuah. Kutip asam keping tadi untuk dimasak kemudian.



Alrighty, sementara tunggu ikan yang direbus tu masak, boleh la you sediakan bahan-bahan rempah. Again, ikut gambar na.

F
I nak kenalkan daun kesum aka daun chenohom. Daun ni memang terkenal sebagai ingredient utama kuah laksa kedah. Takdak daun ni, bau laksa tak menyengat. So, cari la sedaya mungkin. I nyaris-nyaris terlupa daun ni kat kedai tadi. Daun kesum tu I guna semua untuk buat 1 periuk saiz sederhana kuah laksa. 

G
Ni semua bahan-bahan yang nak dikisar. Cili boh, bawang besar, bawang merah, belacan ngan lada hitam. Jeng jeng jeng, ada nampak belacan itu? Belacan apa pun takpa akak-akak adik-adik. Ikut sedap you all la. I guna belacan yang ada dalam fridge, jenama apa pun I taktau. Lada hitam tu I sengaja letak, sebab kuah laksa ni sedia maklum, sifatnya berangin. Letak lada hitam ni dengan harapan kurang sket sifat anginnya tu. Anyway, you taknak letak pun takpe. No hal ok. Sebelum kita pegi ke H, I ada tips nak pilih bawang besar. Sila rujuk gambar di bawah. 



Sila guna bawang besar Bombay ok. Kulitnya kemerahan. Rasanya lebih menyengat dan mata pun senang berair bila mengupas kulitnya. Yang satu lagi tu, I tak sure bawang jenis apa, tapi rasanya lebih manis dan sifatnya lebih berair. Bawang Kuning ni kita tak guna dalam masakan berkuah sebab kuah akan tawar sebab air yang banyak akan keluar dari bawang ni. Biasanya bawang kuning ni diguna dalam salad sayur-sayuran untuk western recipes. Kalau dalam masakan omputeh, bawang bombay tu dikenali sebagai Red Onion, bawang kuning tu Onion, bawang kecik plak Shallot.
Tu yang I syorkan la. Tapi kalo you all degil, guna je bawang kuning tu. Uhuk.


H
Daun kesum tadi, I buang batang yang keras, I ikatkan dia supaya nanti bila dah masuk dalam kuah, takde la semak dan bersepah kuah tu. Nak masak pun kita praktik 5S ok.

I sebenarnya, jadi J plak
Ni bahan-bahan akhir yang akan dimasukkan dalam kuah. Clockwise, air rebusan ikan yang dah ditapis. Make sure takde tulang yang tersesat ok. Bahan-bahan dalam G yang dah dikisar (dengan blender, tambah air dalam 1/2 cawan). Daun kesum dan last sekali cili giling (beli cili boh je senang)


Langkah seterusnya, balik kepada ikan yang dah sejuk dan sedia untuk diasingkan dari tulang. 



J
Di sini, proses yang super cerewet pun bermula. Mengasingkan isi ikan dari tulang. Sebab tu orang tak guna ikan terubuk untuk buat laksa. Can you imagine the hassle? Yang ni memang takle elak, you kena asingkan sendiri sebab setakat ni belum ada orang Malaysia yang cipta mesin mengasingkan isi ikan dari tulangnya. Anyway, asingkan isi ikan dengan tulang. Blend isi ikan tu dengan sedikit air sampai lumat. Tapi tulang jangan dibuang sebab kita ada agenda tersendiri dengan tulang-tulang tu semua. NO! Don't feed it to your cat.

K
See? Bila you dah blend isi ikan (please, blend isi ikan dulu, not the other way around) u all blend pulak tulang-tulang tu semua dengan 1 cawan air. Jangan over excited, blend sampai lumat, agak-agak la. Bila dah blend, tapis bahan kisar tu. So, you dapat air tulang ikan yang penuh perisa. Tapis 2 kali sampai you rasa dah takde tulang ikan, hatta yang halus sekalipun dalam jus tu.

anyway, ni selingan je. Sepanjang I dok sediakan bahan-bahan ni, I dok mengunyah mende alah ni. 
Kueh siput. Bahaya mende ni, takleh berenti bila dah start. Nanti lenkali I ajar you wat mende ni. 

Back to our kuah laksa. Bila you dah selamat blend semua ikan, tulang ikan tadi. You campurkan semua bahan blend (isi ikan + jus tulang ikan + bawang + belacan + lada hitam) dalam periuk yang berisi air rebusan ikan yang ada asam gelugor/keping tadi. Letak atas api sederhana, masukkan cili giling, daun kesum dan garam secukup rasa. 

Masa ni you nak tambah asam gelugor pun boleh. I suka kuah yang sedikit masam, pastu I suka kunyah asam keping yang dah kembang dalam kuah laksa. So I letak 8 keping asam gelugor altogether. 

Bila semua dah masukkan dalam periuk, you tunggu je la sampai kuah tu masak. Bila dah mendidih tu masak la tu. Tapi kalau you all tak confident gak, you jadikan daun kesum tu sebagai indicator. Kalau warna hijau daun kesum tu dah berubah jadi gelap, atau dah layu, kuah you all dah masak la tu.

See? No added preservatives or coloring. Aji-no-moto pun takde. 
Mak I memang pantang masak letak aji ni. Adik ipar I first time masak kat rumah,
pening kepala nak sedapkan makanan tanpa guna Aji.


Okeh, tiba la part makan. I rasa part ni tak perlu la I ajar. Tapi I sengaja je letak gambar bawah ni nak goda you. I malas nak wat presentation ala hotel tu. I letak daun pudina sikit, perah limau nipis sikit. Kalau you all nak, ni bahan hiasan untuk 2 jenis laksa



Laksa Kedah

Timun
Bawang Besar
Daun Ulam-ulaman (Kesum, pucuk putat, pucuk gajus)
Cili padi

hiris je nipis-nipis pastu tabur atas laksa.

Laksa Penang

Daun salad (I pun taktau betul ke tak, tapi daun hijau yang selalu orang buat side nasi ayam tu)
Nenas (I smpi la confuse ejaan nanas/nenas ni)
Daun Pudina
Cili Padi
Bawang Besar

Pun dihiris nipis dan ditabur atas laksa.

Ada orang suka letak telur rebus (telur dadar/telur mata tak disyorkan). Ada yang suka letak bawang goreng. Kat Old Town White Coffee diorang hidangkan laksa tu dengan isi ikan sardin yang direbus dan petis otak udang (I surrender). Mak kawan I kat Pumpong dulu, recommended batang daun betik goreng. Unik kan? 

Apa-apa pun, lain padang lain belalang. Lain tempat, lain orang, lain rasa laksa. Laksa Johor ngan Laksa Sarawak langsung tak sama dengan laksa Penang/Laksa Kedah. Kita di Malaysia ni memang berkepelbagaian. Alhamdulillah bumi kita aman, semua jenis makanan kita boleh merasa.  

I takde niat nak mengajar, tapi hobi I memasak. Apa salahnya kita share2 kan? Mana tau, I sediakan basic steps, you all boleh modify resepi ni jadi resepi turun-temurun lak kan?

Okeh! Lenkali I masak, I share lagi. For now, ciao!

Comments

mariko's shack said…
Baguih2! Pasni jgn lupa tunai janji update resepi kuih siput, laksa beras dll tu. Part ajar tu best dah, napa part menjamu selera tu mcm..tengah makan pastu 'eh2!lupa nak snap gambar laaa'..

p/s:ganas la sangatttt.. :-p
Azra said…
itu namanya malas nak amek gambar tapi sebab kamera dok tepi mangkuk, amek la gak untuk sedapkan ati :P

Popular posts from this blog

Taiping Eco-Trip 2D1N ~ From Kulim

I don't ask much in a man.