Untungnya...saya jadi cikgu
Assalamu'alaikum...
Post ni bukan nak 'backlash' sapa-sapa walaupun memang ada kaitan dengan blog mempersoalkan kerjaya perguruan yang la ni popular diperkatakan dalam facebook dan blog-blog popular yang lain. Si dia pun dah minta maaf, tak payah la kita nak mempersoalkan keikhlasan ungkapan maaf dia. Kita maafkan dia dan berdoalah semoga yang keruh dapat dijernihkan. Makin kita membalas, makin banyak kerjaya yang akan dipersoalkan susah senangnya. Kesian kat engineer, lawyer, doktor semua tu. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Selagi kita tak menyarungkan kasut seseorang tu, kita takkan faham.
Post ni ditulis untuk berkongsi keuntungan sebenar menjadi guru...at least pada saya la. Cikgu cikgi lain tu mungkin pendapatnya pun lain. Ye la, hati manusia ni tak semuanya sama. Memang kuasa dan kehendak Tuhan Yang Maha Esa kita semua dicipta, walaupun dari keturunan yang sama, tetap berbeza.
Pada saya untungnya jadi cikgu ni :-
1. Students sentiasa mendoakan keberkatan untuk kita dalam doa selepas solat. Walaupun kemungkinan besar pelajar tu tak faham pun apa yang didoakan sebab dalam bahasa Arab (dan memang lumrah kita, selalunya hafal je, tak penah ingat pun maknanya - tipulah kalau cakap tak, hehe), tapi doa tu mustajab ke tak, Allah saja yang boleh tentukan. Siapa kita nak menilai doa seseorang tu mustajab ke tak.
2. Bila pelajar yang kita bantu mengucapkan terima kasih - adoi! Masa ni kalau boleh rasa nak terbang ke langit. Sapa cakap ucapan terima kasih tu tak ada makna? Cuba lah ucapkan terima kasih dengan sepenuh hati kepada seseorang yang dah berbudi pada kita, hati kita pun rasa berbunga-bunga, macam orang yang menerima ucapan tu. Sebagai felo, ucapan ni jika keluar dari mulut pelajar, jadi ucapan keramat. Tak mintak banyak pun, cukup sekadar tahu menghargai bantuan yang dihulur.
3. Bila students dan parents bagi ole-ole tiap-tiap kali cuti panjang. Jangan salah anggap, tak pernah mengharap pun. Tapi bila dah dapat tu, tersengih gak sampai ke telinga. Pernah tolong seorang pelajar yang sakit dan perlu ke hospital. Teman dia di hospital sampai jam 1 pagi, esoknya lawat pulak dia sebab kesian plak tengok dia sorang-sorang kat wad tu. Mak ayah jauh. Bila dia discharged, tau-tau dia bawak mak dia melawat di rumah. Tak berhenti-henti makcik tu ucap terima kasih, siap bagi kek lapis Sarawak tu! Masa ni, hati rasa mengembang macam tak cukup ribcage dah, hehe.
4. Ada saja kerenah pelajar yang kadang-kadang buat kita terasa di awang-awangan. Contohnya bila depa pakat buat surprise (yang akhirnya jadi tak surprise sangat) sebab nak buat kita happy. Walaupun plan tak menjadi, tetap gak happy. (terima kasih menteeku sekalian. Terharu teacher weh).
5. Ada segelintir pelajar yang menjadikan kita role model. Memang la manusia semua tak sempurna tapi tipu la kalau kita tak rasa 'syok' bila ada pelajar yang cakap macam ni "Saya nak jadi cikgu macam teacher" atau "Teacher inspirasi saya untuk jadi cikgu," dan "I'm going to work hard and try hard to love my job like you do." Rasa macam celebrity ko. Habis sangat pun bila depa cakap "I enjoy your class so much!" ataupun "I can't wait for our next lesson." Masa ni terbayang diri berdiri di atas bukit, menghadap matahari terbit sambil ketawa besar (pengaruh manga).
6. Tiap-tiap kali 16 Mei setiap tahun (betul kan? Sendiri lupa, hehe) mesti ada text messages, paling sikit pun satu yang mengucapkan Selamat Hari Guru. Tak penah dapat hadiah pun sebab masa Hari Guru kami tengah cuti semester, pelajar mendaftar bulan Jun. Tu belum kira yang hantar ucapan Hari Raya, Hari Merdeka (rasa macam pejuang kemerdekaan plak) ataupun Hari Jadi (ni yang paling terharu, sebab ada gak yang ingat...rasa macam tak percaya. Terima kasih pada semua yang tak pernah miss wish birthday. I love you all, hahaha).
7. Kita menjadi tempat rujukan sampai bila-bila. Ni memang terbukti la, walaupun ramai yang bertanya macam mana nak buat kalau hilang slip MUET. Hehehe...Diri ni tak de la pandai sangat. Nak membantu setakat yang termampu tu boleh la. Mengajar bahasa Inggeris, mesti la tak boleh jawab kalau tanya soalan fizik ataupun Prinsip Akaun (maths is not my forte).
8. Sampai bila-bila pun gelaran teacher tu akan lekat. Kalau lepas ni bersara dari kerjaya perguruan sebab nak business, bila terserempak ngan ex-student, mesti depa akan panggil teacher atau cikgu gak. Rasanya takkan ada yang panggil dengan nama manja. Pada batch yang paling awal, ada sampai la ni dok panggil Miss. Mau berbunga hati kalau dah ada anak tiga pun depa dok panggil Miss gak, hehehe.
9. Bile berjaya mengubah persepsi pelajar tentang sesuatu. Bila ada pelajar yang cakap "Sebab teacher saya dah tak benci English subject"...huiyo! Masa ni rasa nak melompat setinggi Everest.Tak dapat A pun tak pe lah, asalkan terdetik rasa di hati minat nak belajar. (tau dah la saya ni Cikgu Bahasa Inggeris, jadi maafkan la bahasa saya yang tunggang-langgang ni, tak dak niat nak menjatuhkan bahasa ibunda di bulan kemerdekaan ni)
10. Sampai bila-bila pun takkan berhenti belajar. Bila dah bekerja dan berurusan dengan sejumlah manusia, banyak yang kita boleh belajar dari memperhatikan tingkah orang lain. Tiap-tiap sorang pelajar, tiap-tiap tahun bertukar, macam-macam perangai yang kita boleh tengok. Ada yang baik sangat, rasa sejuk hati walaupun bukan kita yang mengandungkan dia. Ada yang nakal, rasa nak nangis sama banyak dengan rasa nak gelak. Tapi banyak yang dipelajari di samping kita mengajar. Tak semestinya bila bernama pelajar, dia kurang arif daripada kita.
11. Ada penglipurlara free. Kadang-kadang bila mood tak elok, masuk kelas ada student yang buat lawak mood automatik boleh bertukar. Student pun macam tau-tau je kita perlu penghibur, dah la memang masing-masing banyak ekspresi muka. Layak jadi pelakon awak semua ni.
12. Ada kuasa veto. Boleh bagi homework bila-bila rasa nak bagi dan bagi due date suka-suka hati gak (gila kejam)
13. Bila pelajar hantar text message ataupun telefon bagitau "Teacher, saya dapat A English di Uni/final exam". Hehehe...saya biarkan anda bayang macam mana perasaan masa ni.
Dan banyak lagi la untungnya...semua mengikut hati masing-masing untuk menghargai kebaikan kerjaya kita.
Pahala...saya malas nak mengulas pasal pahala. Sebab saya cuma buat saja, bab pahala dosa biar la Allah yang tentukan. Ada masa kita ikhlas menolong atau melaksanakan, tapi kadang-kadang terdetik gak rasa nak mengungkit. Macam mana nak kira tu? Jadi pahala tu, biar la jadi Rahsia Allah S.W.T.
Tak untungnya jadi cikgu ni....
Bila gaji RM3000+. Takut tak berkat. Merana badan wei...

Comments