Semalam yang Takkan Hilang (Part 1)








TESL UNIMAS 2002 - the coolest batch ever!!

Hehehe...sesekali nak bernostalgia sket. Asyik post entry yang skema je, kali ni nak mengimbau kisah2 silam plak, hehe. Ni sume sebab demam keputusan UPU yang akan diumumkan esok, tetiba je teringat masa dapat keputusan UPU 8 tahun lepas (ye...diulangi, 8 tahun yg lepas). Esok2 cerita di matrikulasi plak, hehe.

Lepas 3 semester di Kolej MARA , susah senang dengan kawan2 dalam program matrikulasi KPM, tiba masa untuk tau keputusan UPU. Bila check online, keputusan yang diterima sgtlah mendukacitakan, tiada offer dari mana2 universiti untuk course yang diminta (course yang menyimpang terus dari subjek sains - TESL, pengajian Bahasa Inggeris dan Kaunseling).

Mujurlah ada seorang teman yang bermurah hati, menawarkan diri untuk menyemak di talian infoline. Jawapan yang diterima amatlah mengujakan. Bila dapat tau ditawarkan untuk pengajian TESL, rasa nak melompat mencapai awan. Tapi bila dimaklumkan tempat pengajian, UNIMAS...Sarawak???!! Rasa macam nak termuntah, kecut terus perut. Terduduk jap, gelap mata. Soalan di kepala? Kenapa dapat Sarawak? Tak apply pun?

Tawaran yang diterima dimaklumkan pada mak dan abah. Jawapan abah "Takyah pegi la...try apply kolej swasta." Jawapan mak "Hmm...jauhnya." Tapi setelah mendengar pendapat2 dari pihak ketiga, keputusan dibuat, diri terus bertekad untuk menguatkan semangat "Pergi!!" Jerit di hati. Mak cakap "Asalkan akak ok...mak ok je..". So bila mak dah ok, abah pun setuju je la.
Maka bermulalah preparation, gentar gak rasa di hati pertama kali keluar dari bumi jelapang padi. Semua pertama kali. Pertama kali nak berjauhan dari keluarga, pertama kali naik kapal terbang, pertama kali hidup berdikari di bumi yang asing..huu..Bila ingat2 balik rasa kagum pulak dengan diri sendiri. Itulah orang cakap, kita takkan kenal kemampuan diri sendiri selagi tak rasa sendiri pengalaman hidup.
Dipendekkan cerita, semua ahli keluarga menemani sepanjang perjalanan. Dari Kampung Bukit ke Kuala Lumpur, dari Lapangan Terbang Subang menaiki Air Asia terus ke Kuching (masa ni Kuching Airport tak secanggih yg sekarang, hehe). Sesampainya di UNIMAS, rasa nak pengsan...di sekeliling kawasan kampus macam padang jarak padang terkukur...(tapi untuk setahun dua je la, sekarang dah hebat kawasan Desa Ilmu, pe yang tak terbayang di mata masa tu sekarang muncul macam cendawan tumbuh lepas hujan). Ada tasik yang besar penuh dengan bunga teratai...ada hutan paya di sebelah Kompleks Sukan...keciknya UNIMAS.

Seharian mendaftar, terus bergerak ke kediaman. Kolej Kenari. Kolej 4 tingkat dan pelajar baru ditempatkan di tingkat paling tinggi...huhu. Seminggu orientasi, rasa nak tercabut sendi...kalau la Kedah tu depan mata, memang dah cabut balik kampung. Nasib baik seberang laut (suka nak diberitahu, masa ni mobile phone is a thing of luxury...8210 masa tu RM6++). Tapi masa orientasi ni la, kitorang diperkenalkan pada rakan2 sekelas.

Yeah!! TESL group...semua masa sesi orientasi tu ada 56 orang (pictured in the photo are those who are classified as TESL hooligans, hahahaha). Teringat bila dah abes sesi torture dek PALAPES, kitorang terlentang di padang bawah matahari rembang, kira awan sambil2 bayangkan katil.
Bila masuk ke kelas...perkara pertama yang difikirkan, kawan-kawan okay tak? Syukur Alhamdulillah...Allah Maha Penyayang. Walaupun berada di kejauhan, ribuan batu dari keluarga, hati tak pernah terasa kosong. Bertemu dengan keluarga di UNIMAS, mereka saudara dan sahabat seperjuanganku, pelajar TESL Unimas 2002.
Those yesterdays, eventhough they were gone...will remain as fresh as today.
You're the best!!!

Comments

'Aini said…
Err.. I secretly applied for CogSci course in UNIMAS. Ms inform parents + fmly tu, diaorg cool je, then ckp: takpe, nnt kita usaha tukar. Saya lak dgn selambenya jwb: eh takyah... Eni yg apply. Hahaha. Pegi UNIMAS sorg, daftar pon sorg2. Ms pijak tar epot tu, rasa sayup je.. Jauh siut UNIMAS nih! :D But I met wonderful ppl, like you and Abah :D
Azra said…
And i met amazing people, like u :D

Popular posts from this blog

Taiping Eco-Trip 2D1N ~ From Kulim

I don't ask much in a man.

The Homemade Laksa Kedah with a Penang's Twist