Semalam Yang Takkan Hilang (Part II)
Ekspedisi Mendaki Puncak Gunung Serapi
28 April 2007 - Mencatat sejarah buat diri ini sebab pertama kali sampai ke puncak gunung tanpa menaiki kereta, hehe. Walaupun cubaan kali pertama mendaki gunung, menuju ke puncak Santubung, tidak kesampaian, Alhamdulillah cubaan kali kedua, kali ini ke Puncak Serapi, tidak menghampakan. Tak sia-sia latihan turun naik tangga rumah sewa empat tingkat setiap hari...hehe.
Apa yang nak diceritakan bukan kehebatan mendaki gunung. Tapi pengalaman mendaki bersama rakan-rakan yang kebanyakannya baru pertama kali bertemu dan bertegur sapa -Rakan2 Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Unimas dan Sarawak. Sebelum ni sekadar mendengar cerita dari orang2 dalam yang sangat dedikasi pada persatuan.
Bertemu di meeting spot (restoran di pekan Matang) rasa macam nak menyorok bawah meja. Dikelilingi oleh mereka yang hebat, terasa diri ini kerdil. Apatah lagi bila diri ini tak pernah menyarung seragam Cekak Hanafi Unimas. Sekadar memberi sokongan dari belakang saja. Tak terlintas di benak, bila dah menjejak kaki di kaki Gunung Serapi, sepantas kilat mereka yang tadi terasa asing menjadi sahabat.
Jun, Hajar, Hannah, Along...hehe, dengan mereka ini berpegangan tangan, sama2 memberi semangat agar semua dapat sampai ke puncak tanpa ada sesiapa pun ketinggalan. Thank you gak kat Syahid yang tolong bawak beg smpai ke puncak...Syahid memang kuat, haha!
Persahabatan yang terjalin di sepanjang perjalanan ke Puncak Serapi, sehingga kini masih bertaut...takkan terpadam. Terima kasih semua kerana membenarkan diri ini menjadi sebahagian dari keluarga itu. Mudah-mudahan ukhuwah yang terjalin akan sentiasa bertaut hingga ke akhir.
InsyaAllah.
Comments